Kenapa Motherboard iPhone Kerap Rosak? Apa Cara Mengelakkan Motherboard Cepat Bermasalah?

Written by: wanzaialjarman

Published on: November 10, 2022

Add Your Heading Text Here

Inilah soalan yang kerap datang ke fikiran seorang pengguna iPhone ketika menghadapi masalah motherboard pada iPhone mereka,

“Kenapa motherboard iPhone aku boleh rosak ya?”
“Jatuh sikit je pun, takkan dah rosakkan motherboard?”

1. Tak Gunakan Palam Pengecas Yang Baik

Antara faktor paling awal yang sering diutarakan ketika masalah ini terjadi ialah penggunaan peralatan pengecasan yang tidak sesuai. Tolong jangan guna palam pengecas yang anda beli dengan harga murah atau lelong di pasar pasar malam. Jika voltage yang dikeluarkan oleh palam pengecas itu tidak boleh diterima oleh iPhone anda, itulah punca utama kerosakan motherboard!

2. Tak Gunakan iTunes Apabila Update iOS

Seterusnya, saya juga tak galakkan anda melakukan iOS update melalui OTA (Over The Air) iaitu menggunakan data internet, wifi atau hospot. Ini adalah kerana sambungan tiga jenis ini tidak terlalu stabil semasa memuatturun software untuk iOS update.

Sebaliknya, sambungkan iPhone ke laptop dan update menggunakan aplikasi iTunes pada laptop anda. Ini jalan yang paling selamat untuk update iOS okay!

3. iPhone Terkena Air

Dan yang ketiga, perkara yang boleh menjadi punca masalah motherboard ialah Water Damage. Selain dari haba, air adalah antara musuh utama perkakasan elektrik dan elektronik. Kehadiran air boleh menyebabkan litar pintas pada motherboard iPhone anda. Bahagian bahagian motherboard iPhone yang terkena air boleh menyebabkan hakisan dan seterusnya merosakkan segala permukaan dan isi isi IC (Integrated Circuit).

Bagaimana Cara Kenalpasti Masalah Motherboard Pada iPhone

Jika iPhone anda berada dalam keadaan mati atau kerap restart sendiri, anda perlulah bawa iPhone anda datang ke Taliponiesta untuk kami buat semakan terus pada iPhone tersebut.

Sesetangah masalah tidak datang dari motherboard. Kerosakan juga boleh datang dari mana mana sambungan yang rosak atau rapuh kerana alatan elektronik ini tidak menjanjikan penggunaan selamanya, sama juga seperti manusia yang tak akan hidup selamanya, hehe.

Ada satu cara lain untuk kita kenal pasti masalah pada iPhone kita adalah dengan langkah ini;

Setting – Privacy – Analytics & improvement – Analytics data

Dan anda perlu dapatkan bahagian Panic Log, Jika sesebuah iPhone mempunyai masalah pada motherboard, log kerosakan itu akan di Rekodkan pada iPhone kita setiap kali ia restart atau mati dengan sendirinya.

Adakah Motherboard iPhone Perlu Ditukar Atau Boleh Dibaiki sahaja?

Soalan lazim adalah apabila motherboard pada iPhone bermasalah, adakah motherboard itu perlu tukar motherboard atau ia akan dibaiki? Jawapannya adalah motherboard iPhone hanya akan dibaiki dan bukan ditukar yang baru. Jika motherboard di ganti denga yang baru, semua data dalam iPhone akan hilang seperti gambar dan apps.

Ditulis oleh,

Signature of Wanzai Aljarman

Baca Artikel Lain

Tukar Kaca Belakang iPhone: Mengapa Mengganti Seluruh Rumah Bukanlah Pilihan Terbaik

Tukar Kaca Belakang iPhone: Mengapa Mengganti Seluruh Rumah Bukanlah Pilihan Terbaik

Published:

April 19, 2023

Kaca Belakang iPhone Pecah, Jangan Terus Tukar Body Yang Baru

Kaca Belakang iPhone Pecah, Jangan Terus Tukar Body Yang Baru

Published:

September 12, 2022

Kenapa Tak Perlu Risau Bila Battery Health iPhone Anda Turun?

Kenapa Tak Perlu Risau Bila Battery Health iPhone Anda Turun?

Published:

August 24, 2022